Mengenali lebih dekat dengan ADN GLOBAL SUPPLIES dan perjalanan kami dalam industri pembangunan website
ADN GLOBAL SUPPLIES bermaksud "ALL in one digital network for global & supplies" - mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian digital yang menyeluruh untuk pelanggan di seluruh dunia.
Syarikat pembangunan website profesional yang komited untuk membantu bisnes berkembang melalui teknologi digital yang inovatif.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2016, kami telah membantu lebih 300 syarikat dari pelbagai industri untuk membangunkan kehadiran digital mereka. Dengan pengalaman lebih 8 tahun, kami memahami keperluan unik setiap pelanggan dan menyediakan penyelesaian yang disesuaikan.
Komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam industri pembangunan website
Menjadi syarikat pembangunan website terdepan di Malaysia yang dikenali kerana kualiti, inovasi, dan kepuasan pelanggan yang luar biasa. Kami berhasrat untuk membantu setiap bisnes mencapai potensi penuh mereka melalui teknologi digital yang canggih.
Menyediakan penyelesaian website yang berkualiti tinggi, inovatif, dan berpatutan untuk membantu pelanggan mencapai objektif bisnes mereka. Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang melampaui jangkaan dengan sokongan berterusan dan teknologi terkini.
Lihat bagaimana ADN GLOBAL SUPPLIES berkembang dari masa ke masa
ADN GLOBAL SUPPLIES bermula dengan membantu usahawan dalam pemasaran menggunakan Facebook. Lebih 5000 usahawan telah berjaya diajar di seluruh Malaysia secara online dan offline dengan teknik pemasaran yang berkesan.
Algoritma Facebook berubah dan beberapa teknik pemasaran yang diajar tidak lagi boleh digunakan. En. Norazham Nordin mula belajar membina laman website menggunakan WordPress untuk menyediakan penyelesaian baharu kepada pelanggan.
Menawarkan perkhidmatan pembangunan website kepada peserta yang pernah belajar pemasaran dengan harga yang menarik. Ini menandakan permulaan perjalanan baharu dalam industri pembangunan web.
Terus membina laman web sehingga kini lebih 300 laman website telah dibina dengan kepuasan pelanggan yang tinggi. ADN Global Supplies kini dikenali sebagai penyedia perkhidmatan website yang dipercayai.
Berkenalan dengan individu di sebalik kejayaan ADN GLOBAL SUPPLIES
Pengasas & CEO
Norazham Nordin adalah usahawan yang bermula dari soho business sehingga kini. Beliau bekas pelajar pertanian tetapi disebabkan minat mendalam dalam perniagaan online, dia mula belajar dengan lecturer nya masa belajar dalam pemasaran secara online.
Beliau adalah pelajar dalam bidang pengurusan ladang dan dalam masa yang sama belajar pemasaran dan perniagaan tani. Mula bergiat niaga online dalam forum dan blogspot, menjual perfume, pokok buahan (nursery) dan pada 2014 mula belajar mengenai Facebook dan mengkaji Facebook untuk mengajar usahawan naikkan jualan di Facebook.
Disebabkan algoritma Facebook berubah, beliau mula belajar membuat website menggunakan WordPress. Pernah mengalami kerugian RM20,000 disebabkan kurang ilmu ketika menggunakan PrestaShop kerana extension yang mahal dan projek tidak berjaya. Sebab itu beralih ke WordPress untuk membantu usahawan mendapatkan website dengan harga murah dan membantu ramai yang kena scam kerana tidak memahami kepentingan domain dan hosting.
Prinsip-prinsip yang memandu setiap keputusan dan tindakan kami
Kami mengutamakan kepuasan pelanggan dalam setiap projek yang kami kerjakan
Setiap projek dikerjakan dengan standard kualiti tertinggi dan perhatian terhadap detail
Kami sentiasa menggunakan teknologi terkini untuk memberikan penyelesaian terbaik
Kami beroperasi dengan integriti dan ketelusan dalam semua urusan bisnes
Mari bergabung dengan lebih 300 pelanggan yang telah mempercayai kami untuk membangunkan website mereka